Tuesday, June 30, 2009

dikala iman tergoda

Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki terlihat bersegera menuju masjid ketika azan zuhur dikumandangkan dari sebuah masjid kampus. Lelaki itu berwudhuk dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia menjadi makmum di saf paling depan. Solat wajib ia laksanakan dengan rukuk dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa dia memuji nama Tuhannya dan memanjatkan doa untuk dirinya, ibu, ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw yang sedang berjihad fii sabilillah.

Sebelum menuju kelas untuk kuliah, lelaki itu sempat bersalam-salaman dengan beberapa jemaah lain. Dengan raut wajah yang bersahaja, ia sedekahkan senyuman terhadap semua orang yang ditemuinya. Ucapan salam pun ditujukannya kepada para akhawat yang ditemuinya di depan masjid. Lelaki yang bernama Ali itu kemudian segera memasuki kelasnya. Dia duduk di kerusinya dan mengeluarkan buku berjudul
"Langitpun Tergoncang". Buku berkisar tentang hari akhirat itu dibacanya dengan tekun. Sesekali ia mengerutkan dahi dan dan sesekali ia tersenyum simpul. Ali sangat suka membaca dan meyukai ilmu Allah yang berhubungan dengan hari akhir kerana dengan demikian ia dapat membangkitkan rasa cinta akan kampung akhirat dan tidak terlalu cinta pada dunia. Prinsipnya adalah "Bekerja untuk dunia seakan-akan hidup selamanya dan beribadah untuk akhirat seakan-akan mati esok."

Sejak setahun belakangan ini, Ali selalu berusaha mencintai akhirat. Sunnah Rasululah s.a.w ia gigit kuat dengan gigi gerahamnya agar tak terjerumus kepada bid'ah. Ali selalu menyibukkan diri dengan segala Islam. Ia sangat membenci sekularisme kerana menurutnya, sekularisme itu tidak masuk akal. Bukankah ummat Islam mengetahui bahwa yang menciptakan adalah Allah swt, lalu mengapa menggantikan hukum Tuhannya dengan hukum ciptaan dan pandangan manusia? Bukankah yang menciptakan lebih mengetahui keadaan fitrah ciptaannya? Allah swt yang menciptakan, maka sudah tentu segala sesuatunya tak dapat dipisahkan dari hukum Allah. Katakan yang halal itu halal dan yang haram itu haram, kerana pengetahuan yang demikian datangnya dari sisi Allah.

Sementara Ali membaca bukunya dengan tekun, dua mahasiswi yang duduk tak jauh dari Ali bercakap-cakap membicarakan Ali. Mereka menyukai sekali, Ali yang amat tampan dan juga pintar, namun belum mempunyai kekasih, padahal banyak mahasiwi cantik di kampus ini yang suka padanya. Tapi tampaknya Ali tidak ambil peduli. Sikapnya itu membuat para wanita menjadi tak tentu hala dan oleh sebab itu banyak yang bertabarruj di hadapannya. Kedua wanita itu terus bercakap-cakap hingga lupa bahawa mereka telah sampai kepada tahap ghibah.

Ali memang tak mahu ambil tahu tentang urusan wanita kerana ia yakin jodoh di tangan Allah swt. Namun tampaknya iman Ali kali ini benar-benar diuji oleh Allah SWT. Ali menutup bukunya ketika pensyarah telah masuk kelas. Tampaknya sang pensyarah tak sendirian, di belakangnya ada seorang mahasiswi yang kelihatan malu-malu memasuki ruang kelas dan segera duduk di sebelah Ali. Ali merasa belum pernah melihat gadis ini sebelumnya.

Saat pensyarah mengambil kedatangan, tahulah Ali bahwa gadis itu bernama Nisa. Tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Jantungnya berdegup kencang. Bukan lantaran suka, tapi kerana Ali selalu menundukkan pandangan pada semua wanita, sesuai perintah Allah SWT dalam Al Quran dan Rasulullah saw dalam hadith, "Astaghfirullah, Ali beristighfar. Pandangan pertama adalah anugerah atau lampu hijau. Pandangan kedua adalah lampu kuning. Ketiga adalah lampu merah. Ali sangat khuatir bila dari mata turun ke hati kerana pandangan mata adalah anak panah iblis.

Pada pertemuan kuliah selanjutnya, Nisa yang sering duduk di sebelah Ali, kian merasa aneh kerana Ali tak pernah menatapnya kala berbicara. Ia lalu menanyakan hal itu kepada Uthman, teman dekat Ali. Mendengar penjelasan Uthman, tumbuh rasa kagum Nisa pada Ali. "Aku akan tundukkan pandangan seperti Ali, tekad Nisa dalam hati".

Hari demi hari Nisa mendekati Ali. Ia banyak bertanya tentang ilmu agama kepada Ali. Kerana menganggap Nisa adalah ladang da'wah yang berpotensi, Ali menerima dengan senang hati. Hari berlalu­ tanpa sengaja Ali memandang Nisa.

Ada bisikan yang berkata, "Sudahlah pandang saja, lagipun Nisa itu tidak terlau cantik.. Jadi mana mungkin kamu jatuh hati pada gadis seperti itu"

Namun bisikan yang lain muncul, "Tundukkan pandanganmu. Ingat Allah! Cantik atau tidak, dia tetaplah wanita", Ali gundah.

"Kurasa, jika memandang Nisa, tak akan membangkitkan syahwat, jadi mana mungkin mata, fikiran dan hatiku ini berzina"

Sejak itu, Ali terus menjawab pertanyaan-pertanyaan Nisa tentang agama, tanpa ghadhul bashar kerana Ali menganggap Nisa sudah seperti adik­ , hanya adik. Ali dan Nisa kian dekat. Banyak hal yang mereka diskusikan. Masalah ummat maupun masalah agama. Bahkan terlalu dekat.­ Hampir setiap hari, Ali bebas memandang Nisa.

Hari demi hari, minggu demi minggu, tanpa disedarinya, ia hanya memandang satu wanita, NISA! Kala Nisa tak ada, terasa ada yang hilang. Tak ada teman diskusi agama, tak ada teman berbicara dengan tawa yang bermakna.., tak ada ­wanita. Lub DUBB!!! Jantung Ali berdebar kencang, bukan kerana takut melanggar perintah Allah, namun kerana ada yang berdesir di dalam hati ­kerana ia­ mencintai Nisa. Bisikan-bisikan itu datang kembali.

"Jangan biarkan perasaan ini tumbuh berkembang. Cegahlah semampumu! Jangan sampai kamu terjerumus zina hati. Cintamu bukan kerana Allah, tapi kerana syahwat semata-mata"

Tapi bisikan lain berkata, "Cinta ini indah bukan? Memang indah! Sayang sekali jika masa muda dilewatkan dengan ibadah saja. Bila lagi kamu dapat melewati masa kampus dengan manis. Lagipula jika kamu berpasangankan secara sihat, secara Islami..

Benar juga..Ali mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Manalah ada 'couple' Islam, bahkan hatimu akan berzina dengan hubungan itu. Matamu juga berzina kerana memandangnya dengan syahwat. Hubungan yang halal hanyalah pernikahan. Selain itu tidak!!! Bukankah salah satu tujuan pernikahan adalah untuk mengubur zina?", bisikan yang pertama terdengar lagi.

Terdengar lagi bisikan yang lain, Terlalu banyak kerenah! Begini zina, begitu zina. Jika terus menikah, bagaimana jika tidak sesuai? Bukankah harus ada beramah-mesra dulu agar saling mengenal! Apatah lagi kamu baru kuliah tahun pertama. Nikah susah.

Terdengar bantahan, "Benci kerana Allah, cinta kerana Allah. Jika pernikahanmu kerana Allah, Insya Allah, Dia akan redha padamu, dan akan tenteram keluargamu. Percayalah pada Tuhan penciptamu! Allah telah tentukan jodohmu. Contohlah Rasululah SAW, hubungan beliau dengan wanita hanya pernikahan"

Bisikan lain berkata, "Bla.., bla..,Ali, masa muda.., masa muda­, jangan sampai disia-siakan, rugi!"

Ali berfikir keras. Kali ini imannya benar-benar dilanda godaan hebat. Syaitan telah berhasil memujuknya dengan perangkapnya yang selalu berjaya sepanjang zaman, iaitu wanita. Ali mengangkat gagang telefon. Jari- jarinya menggigil menekan nombor telefon Nisa.

Aah..aku tidak berani.Ali meletakkan gagang telefon.

Bisikan itu datang lagi, menyatakannya, lewat surat saja, supaya lebih romantik.

Aha! Benar! Ali mengambil selembar kertas dan menuliskan isi hatinya. Ia bercadang akan memberikan kepada teman rapat Nisa. Jantung Ali berdebar ketika dari kejauhan ia melihat Nisa terlihat menerima surat dari temannya dan membaca surat itu.
Esoknya, Uthman menghantarkan surat balasan dari Nisa untuk Ali, lalu Uthman berkata, Nisa hari ini sudah pakai jilbab, dia jadi cantik lah. Sudah jadi perempuan!Ali terkejut mendengarnya, namun rasa ingin tahu membuatnya lebih memilih untuk membaca surat itu terlebih dahulu daripada merenungi ucapan Uthman tadi. Ali membaca surat itu dengan sungguh-sungguh. Ia benar-benar tak menyangka akan penolakan yang bersahaja namun cukup membuatnya merasa ditampar keras.

Nisa menuliskan beberapa ayat dari Al Quran, isinya :Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.(QS. An Nuur : 30)

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.(QS. Al Mu'minuun : 19).

Ali menghela nafas panjang.­ Astaghfirullah!­ Astaghfirullah!­ Hanya ucapan istighfar yang keluar dari bibirnya. Pandangan khianatku sungguh terlarang. Memandang wanita yang bukan muhrim. Ya Allah,­ kami dengar dan kami taat. Astaghfirullah.

(Judul asli: "Kala Iman Tergoda", dengan sedikit pembetulan. Pernah diterbitkan di Bulletin Biru SMUNSA Bogor No. 01/I/23 Shafar 1421 H)

3 golongan wajib berhenti merokok

Sempena Hari Tembakau Sedunia baru-baru ini, diharapkan lebih ramai orang akan berhenti merokok. Kotak rokok pun sudah ada gambar-gambar yang mengerikan, tetapi orang tetap juga hisap rokok seolah-olah tidak ada apa-apa kesan.Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat peningkatan perokok di kalangan remaja. Walaupun terdapat juga perangkaan menunjukkan terdapat sedikit penurunan yang tidak ketara terhadap trend perokok yang lebih dewasa. Kenapa perokok di kalangan remaja semakin meningkat? Menurut sesetengah pendapat, ini berlaku kerana terikut-ikut dengan orang tua, orang dewasa yang berhampiran dan rakan-rakan sebaya.

Pada pendapat saya, sepatutnya ada 3 golongan atau profession yang patut berhenti merokok atau tidak memulakan merokok.

Bukan nak kata yang lain tak perlu berhenti atau patut mulakan. Ini kerana 3 golongan ini adalah dianggap sebagai contoh masyarakat dan boleh menjadi ikutan kepada generasi muda.Ataupun dengan ayat yang lebih mudah, kita akan hilang hormat atau lebih mudah terpengaruh sekiranya mereka ini merokok. Maka wajar saya cadangkan di sini, 3 golongan ini sepatutnya berhenti merokok atau cuba berhenti mulai sekarang.

3 golongan yang patut berhenti merokok ialah :-

1. DOKTOR



Doktor selalu suruh orang berhenti merokok. Macamana nak hormat sekiranya, di hadapan pesakit dia suruh berhenti merokok, di belakang dia yang paling juara. Kenapa doktor merokok saya sendiri pun tidak tahu.

Jikalau anda fikir apabila seorang doktor merokok, alasan yang akan diberikan nampak lebih munasabah daripada bukan doktor, maka cuba anda tanyakan doktor tersebut. Kenapa doktor merokok? Jawapannya akan kabur juga, sekabur asap rokok.

Ini kerana, tidak ada satu pun jawapan dari segi fakta perubatan atau sains yang membenarkan seseorang menghisap rokok.

Ada seorang pengarah hospital daerah yang saya kenal dahulu begitu kuat merokok. Biasanya dia akan merokok selepas sarapan pagi di sebuah kantin "swasta" di luar hospital. Siapa yang bersamanya merokok? Tentulah kakitangan-kakitangan hospital.

Doktor mengetahui 1001 penyakit yang boleh disebabkan asap rokok. Kenapa perlu menyumbang kepada statistik ini.


2. USTAZ



Saya rasa kurang hormat kalau ada ustaz yang merokok. Dulu fatwa kata makruh, maka takperlah kalau merokok. Tapi sekarang fatwa dah sah terang haram, kenapa masih merokok.

Macamana orang ramai nak ikut fatwa kebangsaan yang banyak diletakkan di masjid-masjid sedangkan setelah habis ceramah, ustaz sendiri merokok dengan ajk masjid di masjid?

Malah Ustaz-ustaz yang sepatutnya membantu memberi nasihat dan menguatkan fatwa merokok itu haram kepada orang ramai. Bukannya mempertikaikan- kononnya tiada dalil dan nas yang Qat'ie lah dan tak Sorih lah, sedangkan majlis fatwa negara dah umumkan.

Mungkin najis rokok ini tidak setara dengan najis mughallazah seperti babi, tetapi ia seberat meminum racun secara perlahan-lahan. Kalau minum racun itu haram, kenapa merokok boleh jadi makruh, sedangkan kedua-duanya membunuh?


3. GURU



Kalau guru rokok berdiri, anak murid rokok berlari...

Itulah kaitannya seorang guru dengan anak muridnya. Seorang guru mempunyai beribu anak murid sepanjang profesion mengajarnya. Mustahil, tidak ada beberapa orang yang terpengaruh sekiranya guru tersebut merokok.

Guru adalah manusia yang kedua bertanggungjawab selepas ibu-bapa di dalam memberi pendidikan dan pelajaran kepada generasi muda negara. Tugas itu sebenarnya sangat penting walaupun ramai ibu-bapa yang memperlekehkan (kerana ibu-bapa dah tak tahu macamana nak kawal anak mereka, dan rasa bersalah tersebut dilepaskan kepada guru).

Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjadi contoh utama untuk berhenti tabiat merokok. Tidak kira di dalam sekolah atau di luar sekolah, ataupun di rumah, para guru kadangkala diperhatikan. Di dalam sekolah mungkin tidak, tetapi anak murid mungkin melihat anda merokok di dalam kereta ketika pulang, ataupun terserempak dengan anda membeli belah.

Mungkin ada yang berkata kenapa 3 profesion ini sahaja yang disebut. Saya ulang di sini bahawa semua orang patut berhenti merokok. Tetapi 3 golongan ini adalah rapat dengan masyarakat.

Apatah lagi mereka merupakan idola kepada kaum remaja, golongan muda, maka ini menjadikan tanggungjawab untuk mendidik bertambah berat. Maka wajarlah mereka dahulu yang berhenti merokok.

Wallahu A'lam.

Link: http://drazwan.blogspot.com/

aurat kaum wanita

1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "



Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan "

An-Nur : 31
a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina "



Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban
4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "

An-Nur : 31
5 . Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "

Riwayat At-Thabrani
" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah "

Riwayat Bukhari dan Muslim
6 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "

Riwayat Muslim dan Bukhari
8 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "

Riwayat At Tabrani dan Baihaqi
9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya "

An Nur : 31
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "

Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi
10 . Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "

Al Ahzab : 32
" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi "

Riwayat Ibn Majah
11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) "

An Nur : 31
" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "

Riwayat Al Bazzar
" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah "

Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah
12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "



Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah
" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "

Riwayat Bukhari dan Muslim
a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang "

Al Ahzab : 59
13 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "

Riwayat Bukhari dan Muslim
14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

tanda-tanda kiamat

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari

Hakikatnya : dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.' - Sahih Muslim

Hakikat : dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terj! adi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

Hakikat : S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...


4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

Hakikat : memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak pe! rbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Hakikat : ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...


6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina &! ; buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

Hakikat : boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh L!uka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia' - Riwayat Thabrani

Hakikat : lihat saja manusia bernama George Bush, Ariel Sharon....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

Hakikat : jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

Hakikat : fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string, ala dedah tak abis-abis.)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

Hakikat : tak caya gi tengok...


11 ) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

Hakikat : try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang! nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

Hakikat : tengok kes peperangan Iraq dan terbaru, iran diheret ke penipuan Amerika dan Britian...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim

Hakikat : Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

MAKA DENGAN ITU, TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

nafsu, akal dan iman

Cerita yang akan saya bawa ini, mungkin ada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati. Jika ada persamaan, ia adalah secara kebetulan semata-mata. Cerita ini akan diolah seakan-akan ia menjadi kisah yang benar-benar berlaku.

Cerita ini akan berkait dengan watak si A. Cuba gambarkan si A ini sebagai pelajar lelaki biasa, dan penampilan agamanya kurang (dari segi pakaian yang paling jelas), tetapi dalam masa yang sama dia tak berputus asa dalam membaiki amalan agamanya.

Situasi pertama. Pada suatu petang, A dan kawan-kawan (kaum Adam) berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah. Seperti kebiasaan persekitaran yang wujud adalah amalan mungkar seperti pendedahan aurat berleluasa. Namun bukan isu itu yang menjadi fokus utama. Semasa dalam perjalanan membeli belah, kawan A menegur A dengan berkata, " Ala, kau jangan jadi hipokrit la....rezeki dah ada depan mata, tengok je la, ko pun suka kan?"....

A hanya diam dan hanya dapat senyum kambing sahaja.

Situasi kedua. Pernah satu ketika A melihat sebuah drama bersiri Korea bersama-sama kawannya(kaum Hawa dalam tempat yang tak boleh menimbulkan fitnah). Dalam drama itu ada watak heroin dan watak perempuan penggoda yang akan mengganggu hubungan cinta heroin tersebut. Untuk watak penggoda, maka pelakon itu diperlukan untuk kelihatan seksi, justeru kebanyakan aksesori pakaiannya adalah begitu mencabar nafsu kaum yang bergelar Adam.Babak pada waktu itu penggoda tampil, tapi bukan dengan pakaian seksi. Apabila penggoda itu tampil, kawan A (kaum Hawa) pun berkata,"Ha...ni mesti kau suka tengok, sebab perempuan ni memang suka pakai seksi"....dengan nada yang sinis.

A pun menjawab..."Eh konfem la aku suka, mana ada lelaki normal yang tak tertarik dengan kecantikan wanita".


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Situasi ketiga. Pada suatu hari A bertemu dengan seniornya. A percaya padanya. Dan A senang berkongsi masalah dengannya. A mengatakan padanya bahawa A mempunyai masalah tentang bagaimana untuk mengawal nafsu. Senior A ini adalah seorang yang amat praktikal dalam agama. Beliau boleh menjadi ustaz, beliau boleh menjadi seorang kapten dalam pasukannya dan beliau juga boleh menjadi seorang kawan yang baik. Jawapan yang senior itu bagi adalah lebih kurang begini," Ala rilek la, kau kan lelaki normal. Jangan bimbang la, selagi mana kau ada perasaan salah ni maka kau masih lagi seorang hamba Allah yang baik. Kau tak perlu mengunci nafsu.Kau kena pandai kawal nafsu. Iman pun turun-naik".

Daripada ketiga-tiga situasi diatas, apa yang dapat kita simpulkan?

Apa yang ingin saya bawa disini ialah, manusia itu dibekalkan dengan nafsu dan akal. Manakala iman itu perlu dicari. Jadi bagaimana hubungkait antara ketiga-tiga elemen ini?

Orang yang pandai menggunakan akal, tapi tanpa bimbingan iman, takkan ke mana. Iman adalah sesuatu yang bernilai, apabila iman itu turun, walaupun kita sedar tentang perbuatan buruk itu, tetapi kita kan lebih cenderung untuk meneruskannya.

Dalam situasi pertama. Kawan si A, beranggapan dengan mengikut hawa nafsu, maka kita takkan menjadi hipokrit. Mungkin maksud dia adalah, jangan disangkal kehendak nafsu. Oleh kerana si A dan kawan-kawannya terdiri dari golongan biasa(bukan golongan ustaz), maka kawan si A mengeluarkan pendapat sedemikian.

Dalam situasi kedua. Kawan si A (kaum Hawa), menegur A dengan nada yang sinis. Mungkin dia beranggapan bahawa lelaki yang kurang alim penampilannya memang suka melihat maksiat. Manakala lelaki yang alim, tidak mempunyai nafsu.

Dalam situasi ketiga, senior si A memahami hubungkait diantara elemen akal, nafsu dan iman.

Manusia dibekalkan nafsu. Kita tak boleh menafikannya. Tetapi manusia dibekalkan akal. Dalam masa yang sama tak ramai orang berjaya mengawal nafsu hanya dengan bantuan akal semata-mata.

Akal sepatutnya digunakan untuk mencari hidayah dan taufik agar kemanisan iman dapat dirasa. Apbila iman subur didalam jiwa, maka ia dapat memandu akal untuk mengawal nafsu, dan bukannya mengunci nafsu.

Akal tanpa panduan iman, mungkin akan cuba mengatasi nafsu dengan mengunci nafsu. Adakah nafsu ini sesuatu yang buruk dan memang perlu dikunci? Adakah Allah bagi nafsu kepada manusia hanya untuk dikunci? Jadi, apakah tujuan dicipta Hawa dari jenis Adam itu sendiri?

Nafsu itu perlu dikawal. Bukan perlu dikunci. Disini saya tak akan menyentuh bab-bab untuk mengawal atau mengunci nafsu secara terperinci. Tetapi kepada para remaja yang berhadapan dengan masalah nafsu, jangan mudah berputus asa kepada Allah. Allah ada berfirman dalam ayat 53-55, Surah Az-Zumar yang mana maksudnya, Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya walaupun dosa itu begitu besar. Dan Allah juga menerangkan tentang cara-cara mensucikan diri(untuk kembali padaNya), yakni dengan berpandukan wahyu yang diturunkan.

Lihat betapa Allah tidak mahu hambaNya berputus harap dari Nya. Allah bukan sahaja memberi peluang tetapi Allah juga memberi panduan tentang macam mana untuk kembali padanya. Bukankah ini satu motivasi yang paling berharga?!

Begitu untungnya orang Islam mempunyai Tuhan Yang Maha Pengampun!

9 mimpi Rasulullah

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT" Jangan terlalu fikirkan esok hari yang kita sendiri tak pasti samaada kita masih bernafas lagi atau tidak. Jangan difikirkan peristiwa lampau yg takkan dapat mengubah apa2 keadaan pun. Fikirlah apa yg kita hendak buat sekarang. Dan pasti kan apa yg kita buat utk hari ini adalah yg terbaik. Kerana perkara yg terbaik kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yg baik utk

menutup aurat


Menutup aurat membuka kewanitaan dan kemuliaan. Sebagai contoh R. Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata, "ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu, 'Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya simpati dengan mereka!' Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang menghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi.

Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah (yang menyebabkan wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam!."

rahsia solat

Inilah dia rahsia as-Solat, sebagai peringatan kepada yang sudah mengetahuinya dan sebagai panduan kepada yang belum mengetahuinya:-

1. Niat solat - memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri dengan betul - ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbirratul ihram - sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah - sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' - sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal - disediakan minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud - memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul-mustaqim.
8. Duduk antara 2 sujud - menaung panji-panji Nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 sujud (akhir) - menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10.Tahhiyat akhir - sebagai penjawab soalan yang dikemukakan Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat keatas Nabi - sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam - memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib - akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Nota: Perkara di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi dan Nasrani tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Maka direka-cipta anggapan dan cerita yang begitu seram sekali seperti "Friday the 13th","Black Friday" dsbnya - Adakah anda sedar akan perkara ini!! Begitulah halusnya dakyah mereka menidakkan kebenaran dan kesucian Islam...

Wassalam.
Sepotong dari petikan Hadis Nabi Muhammad s.a.w :-

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." dan

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfa'at kepada

Bioethics & Nursing

Assalamualaikum..

Hati ana ni tak tertahan untuk menceritakan kisah ana pada hari ni. Ana rasa hari yang paling melucukan ialah hari ini. Mula dari awal pagi sampai petang ana tergelak je. Bangun tidur tadi jam 6 pagi. Sahur dah lepas, tak jadi nak puasa. Ana tak boleh kalau tak sahur. Nanti perut meragam minta diisi. Kuliah hari ni start jam 8 pagi bertempat di medical science lab, area annexe la. Dahla lambat je, iron baju lambat, mandi pun lambat. Amanah jam 8 tu ana terpaksa lewatkan ke jam 8.05 pagi. Sampai je kat kampus, alhamdulillah pensyarah bioethics, Dr Ammar belum masuk. Ish2, pensyarah pun lambat ni, tak boleh jadi. Masa kat dalam kelas, boleh tahan la cara pengajaran Dr Ammar, melucukan je. Dr Ammar bagi situasi, kami kena bagi pendapat dan jelaskan pendapat tersebut. Soalan pertama yang keluar adalah tentang general dan surgical placebo. Ai, apa benda ni? Nasib baik Dr Ammar jelaskan kepada kami tentang 'benda' tu. Fuh! Ana tak ambik part pun dalam soalan pertama tu. Ada yang menjawab surgical placebo ni efektif, ada yang cakap tak memandangkan tu modern treatment. Satu persatu situasi dibagi, ana tak ambik bahagian pun, mungkin Dr Ammar perasan la ni. Kami dalam kelas selama 2 jam, berdiri je dengar penjelasan Dr Ammar. Tak ada kerusi. Ana memang dah tak tahan dah ni. Apa lagi, ana tengok lantai, duduk. Lenguh2 kaki hilang tu. Alhamdulillah. Then, nak dipendekkan cerita, ada mesej dari seorang teman minta ana tulis nama dalam attendance list sebab dia tak hadir. Ana buka mesej tu, tetibe je Dr Ammar datang dan cakap:

"Can you answer the question that I have asked?"

Apa nak jawab ni? Ana tak tahu pun apa soalan dia. Puteri, tolong la. Puteri pun jelaskan apa yang ditanya.

"Ok sir, as I think, if we have done wrong or unethical treatment to the patient, we should be frank with him, tell him what we have done towards him and ask for apology"

Alhamdulillah, jawapan ana tu diterima. Lega lagi sekali. Habis kelas jam 10, terus sambung kelas Career in Helath Science kat Annexe 78. Tak la jauh sangat. Kami jalan la, gerombolan macam itik da. Hehe.. dalam kelas tu, ada la berlaku sedikit peng'clash'an jadual (bleh terima tak perkataan tu?). Riuh. Kelas ni campur senior junior. Kami pun pelik macamana kami ambik subjek ni sedangkan subjek ni untuk final year student. Pe pun, kami sambung je kelas sampai habis. Pensyarah pula asyik baca notes kat slide je (ops, slide ke??bukan, microsoft word la, tulisan penuh je)..mengantuk je..tengok Omar, terlentok, Syamim ngan Afiq, bersembang, junior2 perempuan, mata tu cam dah tahan dengan lidi..Bila lecturer cakap last point, mata terus cerah..Wah!!!

Ana balik kampus untuk jaga booth HEALTH SCIENCES BOOK FAIR. Ramainya kat booth. Malas pulak. Bila ana jalan je kat kampus, budak2 panggil ana "AISYA"..dah la jerit kuat-kuat. Ana terkejut, malu juga. Jalan jer.Fikir2, baik pergi cari katil ngan almari. Jam 4 petang baru jumpa..ok, balik..sekian je untuk hari ni.

3 makhluk ALLAH






















Manusia - Eh,dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu.
Syaitan - Alahhhhhh,kejaplah,ngantuk ni....awal lagi nie?.zzzzzzzz........

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah,takde style langsung,nampak kampung!!!

Manusia - Alamak,dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh? awal lagi? mmm..aaahh? suruh si X,punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa..rilex lah..awal lagi nie?

Manusia - Eh,eh... tak boleh tengok ini,berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam,alihkanlah pandanganmu,sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh....best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam,cegahlah ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang,lantaklahh!

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam,nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikir la,semua dah besar,buat apa susah2...pandai2lah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu,lain kali boleh bertaubat...lagipun muda hanya sekali..rugila...(kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam,kakimu ingin melangkah ke jalan yg dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang,tiada sesiapa yg tahu...Jomlah!

Manusia - Uuhhh! letihnya arini..tak solat lagi nie.
Malaikat - Wahai anak Adam,taatilah Allah dan Rasul-NYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam,ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

muslim ilusi vs yahudi realiti


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Menjawab persoalan mengapa umat islam tidak dapat berbuat apa-apa dikala pengganasan yahudi berleluasa, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti”(Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.

Dipetik dari artikel : Khutbah Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam
Saifulislam.com

Sunday, June 28, 2009

Jejak syurga atau neraka?


KE MANA ANDA SEKARANG?

Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.

Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.

Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.

Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...


Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:

-beramal semasa muda lagi
-bertolong-tolongan kerana Allah
-jauhi diri dan keluarga dari zina
-mendidik anak kewajipan beragama
-mendirikan solat wajib dan sunat
-bertahajjud di tengah malam
-menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
-bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
-berpaut hati pada masjid
-sentiasa belajar hal-ehwal agama
-sembahyang berjemaah
-selalu berada di tempat pengajian agama
-menziarahi orang sakit
-mengiringi mayat hingga ke kubur
-mengadakan khenduri cara Islam
-mendamaikan pergaduhan
-menolong anak yatim dan miskin dan lain-lain perkara kebajikan

Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:


-tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
-kaya tapi bakhil
-menipu
-mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
-mengadakan majlis maksiat
-berzina
-memakan harta anak yatim
-meringankan sembahyang
-tidak mengeluarkan zakat
-panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
-meninggalkan sembahyang
-derhaka kepada ibu bapa
-berbuat fitnah
-suami dayus(membebaskan isteri)
-ibu bapa dayus (membebaskan anak)
-makan harta haram
-berbohong dan berdusta
-menggunakan sihir
-dengki dan khianat

Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.


Sekian, wassalam.

Kembara ke Gunung Berembun, Cameron Highland

Pada minggu lepas, dari 19-22 hb Jun, ana bersama teman-teman satu course telah mengikuti mount climbing kat Cameron Highland. Kami seramai 40 orang telah bertolak dari Shah Alam pada jam 9.30 malam dan berhenti rehat seketika untuk makan di Hentian R&R Rawang. Then, perjalan kami bersambung pada jam 10.30 malam dan sampai di Cameron Highland lebih kurang jam 2.45 pagi. First bila turun dari bas, Allah, keadaan amat sejuk skali, barangkali kurang dari 15 darjah celcius. Kawan-kawan yang pakai baju lengan pendek terpaksa memakai baju lain di samping sweater yang masih tidak dapat menahan suhu sejuk Cameron. Ana alhamdulillah okay je sebab memang dah pakai t-shirt labuh, gloves ngan sweater. Yang menggelikan hati bila kawan cakap "Awak tak pe lah, boleh tahan sejuk, dah pakai tutup muka". Ini kata-kata dari Kak Vidhya, seorang rakan India. Ana apa lagi, gelak kecil la. Kami kemudian berjalan lebih kurang 10 minit untuk ke basecamp. Kat sana, kami semua memasang khemah, khemah ana sendiri dipinjam oleh Kak Vidhya memandangkan ana telah di invite oleh Kak Fiza untuk tidur dalam khemahnya. Abg Faizul Hasnizam selaku presiden memberikan sedikit peringatan memandangkan tu kawasan hutan. Mula-mula memang tak sejuk. Bila dah tidur, sejuk. Ana terbangun lepas 30 minit tidur, ana tak bawa sleeping bag, sejuk la. Kain batik je la yang menjadi teman setia, menjadi selimut di kala sejuk.

Esoknya jam 5.45 pagi dah bangun. Alhamdulillah, tempat tu ada disediakan tandas dan surau. Dengan mata yang mengantuk, kaki ni digagahkan juga untuk ke tandas, boleh tahan la juga jauhnya. Turun bukit la katakan. Tangan ni dicelupkan ke dalam air untuk membasuh tangan. Allah, mata terus terbuka. Macam air dalam peti ais dan dicampurkan pula dengan ais dan diletakkan tempat sejuk beku (melampau pulak perumpamaan untuk air sejuk kali ni). Dipendekkan cerita, selepas solat, ana dan kawan-kawan masak untuk sarapan pagi.



Persiapan untuk naik gunung pada jam 8 pagi telah dibuat awal-awal. Air adalah item yang paling penting kerana itulah sumber minuman yang utama. Punca air dah takde dah bila sampai atas. Basecamp adalah punca air yang last. Ana lead untuk mendaki gunung di samping Kak Fiza yang menjadi guider. Tak sampai 10 minit berjalan, kami perlu melalui 1 kawasan becak, perlu berhati-hati ni. Malangnya, sahabat ana yang betul2 kat belakang ana tak dapat imbangi badan dan akhirnya dia terjatuh ke dalam becak tu. Boleh tahan juga kedalamannya. Separas lutut. Kesian, dahlah pagi tu amat sejuk, tapi takpe, semangat waja. Ana ngan Anne membantu sahabat ana ni (ana lupa nama dia, ana letak Aisyah je la). Kami perlu meniti akar-akar untuk sampai ke depan. Skali lagi Aisyah jatuh. Malang betul nasib dia. Ana nak pendekkan cerita lagi ni. Kami berhenti rehat kat beberapa tempat dan last kat perhentian PLB. Kami perlu berjalan dalam 1 jam lagi untuk ke puncak gunung yang sejauh 0.78km. jam 11.15, akhirnya sampaila dekat puncak.



Kami makan maggi je kat atas sana. Jam 12 lebih dah turun untuk ke MARDI. Tak sabar rasanya untuk ke MARDI kerana banyak strawberi dan bunga.



Ni masa kat MARDI. Sempat berposing dengan bunga kat situ.

Kami berjalan kaki untuk balik ke basecamp sebab bas tak dapat ambik. Jam 6.30 petang kot baru sampai basecamp. Malam tu kami wat malam suka ria, menari, menyanyi, tapi ana tak masuk korum tau, ana pemerhati bebas n jadi juri untuk permainan 'goreng pisang'. Belum habis malam suka ria tu, ana dah masuk tidur, malas nak layan sangat. Besok nak balik. Sebelum balik, kami singgah di beberapa tempat untuk membeli belah (kononnya walaupun duit takde). Murah rezeki ana, ramai yang belanja. Dapat makan aiskrim free, dapat coklat kegemaran 'green tea chocolate'. Alhamdulillah. Syukran kat Abang Zul n Abang Meor sebab banyak belanja. Akhirnya sampai kat MSU tercinta jam 7.30 malam.



Sekian story ana..hehe







cintailah cinta



-Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja..tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu..Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal..-
Buat adik2 dan sahabat2 tersayang...

Cinta..

ramai antara kite terperangkap dan terjerat dengan perasaan sendiri... ya memang susah nak membuang cinta.. sebab tu ada orang kata, jangan sengaja nak cuba2, sebab bile dah bercinta, apatah lagi cinta yang melanggar syarak, sangat susah nak kikis benda tu kecuali
utk orang2 yang Allah berikan kekuatan..sebab syaitan akan cuba sedaya upaya untuk mengindahkan percintaan itu dan cuba untuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kite buat itu..

Sebab tu Allah ada cakap kat kite dalam surah ke 2 ayat 165(bukak Quran dan baca lagi best sket) : Dan di antara manusia ada org2 yang menyembah tandingan2 selain Allah: mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang2 beriman sangat cintakan Allah...

Hati manusia ini, kalau tak cinta pada Allah, dia akan cinta pada selain Allah.. dan kadang2 kite tak perasan dan leka yang cinta kita pada benda selain Allah itu, melebihi cinta kita pada ALlah..-->menyembah tandingan2 selain Allah sebab menyintai tandingan2 itu macam
kita menyintai Allah...

Bayangkan kalau Allah tanya kite di akhirat, adakah kite menyembah Dia atau selainNya? Jika syarat menyembah itu adalah dengan menyintai...bayangkan kite mengikut hawa nafsu kite lebih berbanding dengan perintah Allah..astaghfirullah

Sebab kalau orang yang cintakan Allah, dia takkan buat maksiat.dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar untuk buat apa2 je,Allah akan murka dia, dan dia tidak tergolong dikalangan orang2 beriman.. lucutlah pahala2 yang Allah berikan kepada dia..selama dia buat baik...

Dan dia sangat faham ayat hijab yang Allah turunkan pada dia 33:53..dan dia sangat akur yang dia perlu menundukkan padangan setiap kali berada di hadapan sesiapa saja :An-Nur 30-31 kerana dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yang lain...

Kite tak perlu cemburu jika ada kawan kite yang larut dengan percintaan...mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara cinta..mereka dibelunggu peraasaan yang tak mampu mereka keluar dari itu..kite perlu ambil usaha untuk membantu mereka, bawa mereka utk kenal Allah..kenal cinta Allah..kerana cinta manusia itu sering mengundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara. jika kahwin adalah matlamat utama, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana bagi seorang mukmin itu, kebahagian yang paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya..dan itulah mengatasi
segala2nya..( Al-Anfal:2)

SAYANG...

jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..

SAYANG...

jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..

Sepatutnya kite mengimpikan perkahwinan yang barakah...perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat...

Bayangkan... jika langkah kite yang silap dari sekarang..

> akan mengeffect anak2 kita...
> cucu cicit kite...
> dan keturunan2 kita....

Wal iyazubillah....

Bukan takde cara nak approach teman hidup.. jika dah bersedia utk berumah tangga boleh sahaja melalui orang tengah yang lebih mengenali insan tersebut...

TAKUT TERLEPAS JODOH...? bukankah Allah telah menyakinkan kita...

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)"



Bukankah Allah itu ada utk kite letakkan segala puncak harapan... ?

Mmg susah nak mengawal hawa nafsu..Tambah2 lagi di zaman muda seperti kite, hidup di negara omputih,maksiat berlaku di depan mata merata2...kehendak hati sentiasa bergelojak... kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yang mampu untuk berkahwin, jika tak mampu...berpuasalah...kerana berpuasa itu dapat menurunkan kehendak hawa nafsu...

Ikat hati kite dengan Allah, kerana mereka yang bersama Allah takkan pernah rasa kesepian dan keseorangan...dan sebaik2 bekal adalah taqwa... ( Al-Araf :201) sebab syaitan akan goda dan masuk hati kite di tempat yang paling kite lemah sekali....

Marilah sama2 kite menjaga hati kite...

Bersabarlah wahai para pemuda sekalian, tahanlah pandangan mata anda...

Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja... tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu.. Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal....

tu je qalam untuk hari ini....sekadar meluahkan rensa hati yang galau melihat sahabat2 dan adik2 yang dicintai bergelumang di dalam kancah yang serupa..Apatah lagi apabila cinta itu dijelmakan dalam bentuk perbuatan, dating, etc etc...
Sahabat2 dan Adik2 sekalian, nasihatkan aku juga dikala aku terlupa ( Al-asr 1-3) jika kau menyintai nasihat, maka nasihatkanlah aku setiap masa...

salam dari ana