Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh..
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
nukilan hati
Monday, August 3, 2009
sejarah ayat kursi
Thursday, July 30, 2009
perdengarkanlah sahabatku
Dengarkan teman ku,
Saat itu akan selalu mengejar,
Ke mana lagi arahnya kakimu ingin berlari
Kerna tak mungkin terjadi kau dapat melarikan diri
Kerna kematian itu akan tetap menghampiri
Maka saat ini
Mulakan segalanya dari awal
Kerna kita sudah tidak punya masa
Ingin bergegas menuju taman bahagia
Namun layakkah kaki melangkah ke sana?
Kasihannya wahai diri yang selalu mengharapkan
Tetapi diri juga lupa atas pertanggungjawabkan
Tidak inginkan kita menjadi sehebat srikandi islam sejati?
Bila mana malam mampir
Beliau menghadap tuhannya
Dalam simpuhan ketaatan
Beliau berkata sendiri
‘Tuhanku bintang-bintang menjelma indah,
Mata manusia terlena sudah,
Ketika semua pintu sudah tertutup,
Tatkala unggas malam sahut menyahut,
Dan inilah aku,
Pandanglah aku,
Yang duduk dihadapanmu mengadu cintaku,
Yang selalu terganggu,
Mengintai kasihmu di perdu rindu.
Demikian rintihan hati Rabi’atul Adawiyah,
Lalu ditemuinya keindahan dan ketenangan,
Dihamparan indah kasih dan sayang tuhan.
Subhanallah….
Mengapa hati kita masih perit dan payah untuk meninggalkan yang bukan hak,
Mengapa diri kita sering berkata ‘tak boleh lagi’, bukan masanya…
Mengapa kita tidak terasa ada hidayah yang ingin hinggap,
Mengapa kita tidak pernah mencuba untuk menjadi insan taqwa biarpun dari sekecil-kecil iman.
Kini aku temui jawapan itu semua dalam satu hamparan,
Dengan hanya satu jawapan,
Benar hidayah itu milik Pencipta Agung,
hanya datang kepada sesiapa yang Dia kehendaki,
Namun kita yang tidak pernah mencari,
hidayah itu sungguh unik temanku,
Kerna hanya datang bagi yang mencari,
Maka temanku sayang,
Carilah ia biarpun dirimu masih belum temuinya juga,
Carilah dengan mata hati,
Kerna di situ bakal kau temui sesuatu yang paling berharga,
Jauh lebih indah dari perhiasan dunia sementara,
Apalah ada pada dunia yang tidak baqa’,
Ayuhlah kembalikan ketaatan yang ada dalam diri,
Kembalilah mengotakan janji kita sejak azali,
Bahawa ingin mengagungkan Cinta Allah.
Doaku untuk teman,
Semoga kita mampu bersama menjunjung kasih Ilahi,
Bersama berjuang melawan kehendak hati,
Bersama meraih cinta Agung yang sejati,
Bersama kuat untuk hindari maksiat
Agar menjadi srikandi hebat abad ini
Agar menjadi muslimah solehah idaman suami
Kerna kau temanku,
Maka aku menyayangimu….
Bertegaslah dengan hati yang selalu dikuasai makhluk najis bernama iblis…
Ingatlah temanku,
Cintamu itu tidak semestinya kau akan memiliki
Memiliki juga tidak semestinya kau bercinta
Tapi memiliki itu bakal melahirkan cinta yang suci
Tapi cinta itu belum tentu menghasilkan ketermilikan..
Sunday, July 19, 2009
penggali kubur
assalamualaikum..coretan setelah lama tidah menghayun pena..
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
Wednesday, July 8, 2009
aku bimbang
Aku sungguh bimbang sekali
Bahawa umat kita tidak akan bangkit lagi
Bukan kerana tiada pemimpin berwibawa di setiap bidang
Bukan kerana pertumbuhan ekonomi tidak cemerlang
Bukan kerana suasana politik yang tiada aman
Bukan kerana rakyat jelata malas berusaha siang malam
Aku khuatir umat kita tidak akan bangkit lagi,
Kerana pemimpin berwibawa di setiap bidang tidak didengarkan
Suara mereka yang berani-benar tentu tidak menyedapkan
Cadangan mereka mengislahkan perkara mengambil masa
Bukan untuk cepat mencari untung mengira laba
Bukan juga untuk menangi pilihan raya kan tiba
Bukan untuk menagih liputan media massa
Hanya inginkan kejayaan berkekalan
Mendapat keredhaan di dua kehidupan
Aku khuatir umat kita tidak akan bangkit lagi,
Kerana pertumbukan ekonomi cemerlang tidak digunakan
Untuk mengukuh akhlak tinggi di peringkat atasan
Yang mudah berubah dengan longgokan kekayaan
Yang takabbur lalu merendah bidang tak menguntungkan.
Aku takut umat kita tidak akan bangkit lagi
Walau ekonomi melambung tinggi
Umatku sibuk membeli saham menjual budi
Anggap sekolah, madrasah tidak bererti jika gagal meningkatkan gaji
Universiti tidak dinilai secara insane, hanya patuh nafsu industri
Yang sering berubah mengikut pasaran
Pasaran berubah mengikut perasaan.
Aku bimbang walaupun suasana politik begitu aman
Rakyatku sentiasa ditakutkan dengan cerita khayalan
Tidak berani menyata kata walau hak didusta selalu
Tidak sanggup membuka mata walau muka diconteng melulu
Tidak malu membuat fitnah walau berada di pintu Kaabah
Tidak gentar pada al-Haqq kerana takut hilang anugerah.
Aku bimbang umatku tidak akan bangkit lagi
Kerana yang malas selalu diganjari
Kerana pandai memuji tinggi
Kerana terlalu tunduk mematuhi
Tanpa mengira ajaran amaran Ilahi
Tanpa mengikut undang-undang negeri
ulama dapat dibeli, hakim dapat ditakuti.
Bagaimana kita akan bangkit semula melawan musuh
Jika ayam jantan yang senang berkokok setiap subuh
Membuka mata bangsa, menjernihkan yang lama keruh
Dipotong lidahnya, disepak terajang si anak bodoh?
Aku sungguh bimbang kita akan terus begini
Kerana puyuh pentadbir diangkat mengawal helang ilmi
Tata-cara sekolah rendah diguna-pakai di universiti tinggi
Kaedah mengurus wang dipertuhankan, dianggap suci
Diguna membangun insan, menilai sumbangan ulama dan Nabi.
Kita akan terus begini seribu tahun lagi
Kerana tabiat buruk membazir sentiasa diulangi:
Suka merungkai semula ikatan yang telah diikat kejap
Membuka kembali tenunan halus nan telah lama siap
Menebang pokok meranti tinggi, rendang dan tegap
Semata-mata kerana benci, dengki dan hasad!
Bagaimana kita akan bangkit semula
Memimpin dunia mendapat syurga?
Jika ibu-bapa pintar melahir anak cuma
Jika pelajar hanya mahu lulus periksa dan cari kerja
Jika guru, pensyarah kehilangan arah
Ilmu terpaku di dada ijazah
Jika peniaga bermain politik, bertuhankan laba
Ahli politik memperniaga prinsip dan akhlak segala
Jika cendekiawan cuma mengikut dan membuat komentar-
Cekap mengubah fakta, meminda makna, mengejar kuasa
Adam akan menyesal
Dan Iblis berkenduri besar.
Tuesday, June 30, 2009
dikala iman tergoda
Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki terlihat bersegera menuju masjid ketika azan zuhur dikumandangkan dari sebuah masjid kampus. Lelaki itu berwudhuk dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia menjadi makmum di saf paling depan. Solat wajib ia laksanakan dengan rukuk dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa dia memuji nama Tuhannya dan memanjatkan doa untuk dirinya, ibu, ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw yang sedang berjihad fii sabilillah.
Sebelum menuju kelas untuk kuliah, lelaki itu sempat bersalam-salaman dengan beberapa jemaah lain. Dengan raut wajah yang bersahaja, ia sedekahkan senyuman terhadap semua orang yang ditemuinya. Ucapan salam pun ditujukannya kepada para akhawat yang ditemuinya di depan masjid. Lelaki yang bernama Ali itu kemudian segera memasuki kelasnya. Dia duduk di kerusinya dan mengeluarkan buku berjudul
"Langitpun Tergoncang". Buku berkisar tentang hari akhirat itu dibacanya dengan tekun. Sesekali ia mengerutkan dahi dan dan sesekali ia tersenyum simpul. Ali sangat suka membaca dan meyukai ilmu Allah yang berhubungan dengan hari akhir kerana dengan demikian ia dapat membangkitkan rasa cinta akan kampung akhirat dan tidak terlalu cinta pada dunia. Prinsipnya adalah "Bekerja untuk dunia seakan-akan hidup selamanya dan beribadah untuk akhirat seakan-akan mati esok."
Sejak setahun belakangan ini, Ali selalu berusaha mencintai akhirat. Sunnah Rasululah s.a.w ia gigit kuat dengan gigi gerahamnya agar tak terjerumus kepada bid'ah. Ali selalu menyibukkan diri dengan segala Islam. Ia sangat membenci sekularisme kerana menurutnya, sekularisme itu tidak masuk akal. Bukankah ummat Islam mengetahui bahwa yang menciptakan adalah Allah swt, lalu mengapa menggantikan hukum Tuhannya dengan hukum ciptaan dan pandangan manusia? Bukankah yang menciptakan lebih mengetahui keadaan fitrah ciptaannya? Allah swt yang menciptakan, maka sudah tentu segala sesuatunya tak dapat dipisahkan dari hukum Allah. Katakan yang halal itu halal dan yang haram itu haram, kerana pengetahuan yang demikian datangnya dari sisi Allah.
Sementara Ali membaca bukunya dengan tekun, dua mahasiswi yang duduk tak jauh dari Ali bercakap-cakap membicarakan Ali. Mereka menyukai sekali, Ali yang amat tampan dan juga pintar, namun belum mempunyai kekasih, padahal banyak mahasiwi cantik di kampus ini yang suka padanya. Tapi tampaknya Ali tidak ambil peduli. Sikapnya itu membuat para wanita menjadi tak tentu hala dan oleh sebab itu banyak yang bertabarruj di hadapannya. Kedua wanita itu terus bercakap-cakap hingga lupa bahawa mereka telah sampai kepada tahap ghibah.
Ali memang tak mahu ambil tahu tentang urusan wanita kerana ia yakin jodoh di tangan Allah swt. Namun tampaknya iman Ali kali ini benar-benar diuji oleh Allah SWT. Ali menutup bukunya ketika pensyarah telah masuk kelas. Tampaknya sang pensyarah tak sendirian, di belakangnya ada seorang mahasiswi yang kelihatan malu-malu memasuki ruang kelas dan segera duduk di sebelah Ali. Ali merasa belum pernah melihat gadis ini sebelumnya.
Saat pensyarah mengambil kedatangan, tahulah Ali bahwa gadis itu bernama Nisa. Tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Jantungnya berdegup kencang. Bukan lantaran suka, tapi kerana Ali selalu menundukkan pandangan pada semua wanita, sesuai perintah Allah SWT dalam Al Quran dan Rasulullah saw dalam hadith, "Astaghfirullah, Ali beristighfar. Pandangan pertama adalah anugerah atau lampu hijau. Pandangan kedua adalah lampu kuning. Ketiga adalah lampu merah. Ali sangat khuatir bila dari mata turun ke hati kerana pandangan mata adalah anak panah iblis.
Pada pertemuan kuliah selanjutnya, Nisa yang sering duduk di sebelah Ali, kian merasa aneh kerana Ali tak pernah menatapnya kala berbicara. Ia lalu menanyakan hal itu kepada Uthman, teman dekat Ali. Mendengar penjelasan Uthman, tumbuh rasa kagum Nisa pada Ali. "Aku akan tundukkan pandangan seperti Ali, tekad Nisa dalam hati".
Hari demi hari Nisa mendekati Ali. Ia banyak bertanya tentang ilmu agama kepada Ali. Kerana menganggap Nisa adalah ladang da'wah yang berpotensi, Ali menerima dengan senang hati. Hari berlalu tanpa sengaja Ali memandang Nisa.
Ada bisikan yang berkata, "Sudahlah pandang saja, lagipun Nisa itu tidak terlau cantik.. Jadi mana mungkin kamu jatuh hati pada gadis seperti itu"
Namun bisikan yang lain muncul, "Tundukkan pandanganmu. Ingat Allah! Cantik atau tidak, dia tetaplah wanita", Ali gundah.
"Kurasa, jika memandang Nisa, tak akan membangkitkan syahwat, jadi mana mungkin mata, fikiran dan hatiku ini berzina"
Sejak itu, Ali terus menjawab pertanyaan-pertanyaan Nisa tentang agama, tanpa ghadhul bashar kerana Ali menganggap Nisa sudah seperti adik , hanya adik. Ali dan Nisa kian dekat. Banyak hal yang mereka diskusikan. Masalah ummat maupun masalah agama. Bahkan terlalu dekat. Hampir setiap hari, Ali bebas memandang Nisa.
Hari demi hari, minggu demi minggu, tanpa disedarinya, ia hanya memandang satu wanita, NISA! Kala Nisa tak ada, terasa ada yang hilang. Tak ada teman diskusi agama, tak ada teman berbicara dengan tawa yang bermakna.., tak ada wanita. Lub DUBB!!! Jantung Ali berdebar kencang, bukan kerana takut melanggar perintah Allah, namun kerana ada yang berdesir di dalam hati kerana ia mencintai Nisa. Bisikan-bisikan itu datang kembali.
"Jangan biarkan perasaan ini tumbuh berkembang. Cegahlah semampumu! Jangan sampai kamu terjerumus zina hati. Cintamu bukan kerana Allah, tapi kerana syahwat semata-mata"
Tapi bisikan lain berkata, "Cinta ini indah bukan? Memang indah! Sayang sekali jika masa muda dilewatkan dengan ibadah saja. Bila lagi kamu dapat melewati masa kampus dengan manis. Lagipula jika kamu berpasangankan secara sihat, secara Islami..
Benar juga..Ali mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Manalah ada 'couple' Islam, bahkan hatimu akan berzina dengan hubungan itu. Matamu juga berzina kerana memandangnya dengan syahwat. Hubungan yang halal hanyalah pernikahan. Selain itu tidak!!! Bukankah salah satu tujuan pernikahan adalah untuk mengubur zina?", bisikan yang pertama terdengar lagi.
Terdengar lagi bisikan yang lain, Terlalu banyak kerenah! Begini zina, begitu zina. Jika terus menikah, bagaimana jika tidak sesuai? Bukankah harus ada beramah-mesra dulu agar saling mengenal! Apatah lagi kamu baru kuliah tahun pertama. Nikah susah.
Terdengar bantahan, "Benci kerana Allah, cinta kerana Allah. Jika pernikahanmu kerana Allah, Insya Allah, Dia akan redha padamu, dan akan tenteram keluargamu. Percayalah pada Tuhan penciptamu! Allah telah tentukan jodohmu. Contohlah Rasululah SAW, hubungan beliau dengan wanita hanya pernikahan"
Bisikan lain berkata, "Bla.., bla..,Ali, masa muda.., masa muda, jangan sampai disia-siakan, rugi!"
Ali berfikir keras. Kali ini imannya benar-benar dilanda godaan hebat. Syaitan telah berhasil memujuknya dengan perangkapnya yang selalu berjaya sepanjang zaman, iaitu wanita. Ali mengangkat gagang telefon. Jari- jarinya menggigil menekan nombor telefon Nisa.
Aah..aku tidak berani.Ali meletakkan gagang telefon.
Bisikan itu datang lagi, menyatakannya, lewat surat saja, supaya lebih romantik.
Aha! Benar! Ali mengambil selembar kertas dan menuliskan isi hatinya. Ia bercadang akan memberikan kepada teman rapat Nisa. Jantung Ali berdebar ketika dari kejauhan ia melihat Nisa terlihat menerima surat dari temannya dan membaca surat itu.
Esoknya, Uthman menghantarkan surat balasan dari Nisa untuk Ali, lalu Uthman berkata, Nisa hari ini sudah pakai jilbab, dia jadi cantik lah. Sudah jadi perempuan!Ali terkejut mendengarnya, namun rasa ingin tahu membuatnya lebih memilih untuk membaca surat itu terlebih dahulu daripada merenungi ucapan Uthman tadi. Ali membaca surat itu dengan sungguh-sungguh. Ia benar-benar tak menyangka akan penolakan yang bersahaja namun cukup membuatnya merasa ditampar keras.
Nisa menuliskan beberapa ayat dari Al Quran, isinya :Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.(QS. An Nuur : 30)
Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.(QS. Al Mu'minuun : 19).
Ali menghela nafas panjang. Astaghfirullah! Astaghfirullah! Hanya ucapan istighfar yang keluar dari bibirnya. Pandangan khianatku sungguh terlarang. Memandang wanita yang bukan muhrim. Ya Allah, kami dengar dan kami taat. Astaghfirullah.
(Judul asli: "Kala Iman Tergoda", dengan sedikit pembetulan. Pernah diterbitkan di Bulletin Biru SMUNSA Bogor No. 01/I/23 Shafar 1421 H)
3 golongan wajib berhenti merokok
Sempena Hari Tembakau Sedunia baru-baru ini, diharapkan lebih ramai orang akan berhenti merokok. Kotak rokok pun sudah ada gambar-gambar yang mengerikan, tetapi orang tetap juga hisap rokok seolah-olah tidak ada apa-apa kesan.Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat peningkatan perokok di kalangan remaja. Walaupun terdapat juga perangkaan menunjukkan terdapat sedikit penurunan yang tidak ketara terhadap trend perokok yang lebih dewasa. Kenapa perokok di kalangan remaja semakin meningkat? Menurut sesetengah pendapat, ini berlaku kerana terikut-ikut dengan orang tua, orang dewasa yang berhampiran dan rakan-rakan sebaya.
Pada pendapat saya, sepatutnya ada 3 golongan atau profession yang patut berhenti merokok atau tidak memulakan merokok.
Bukan nak kata yang lain tak perlu berhenti atau patut mulakan. Ini kerana 3 golongan ini adalah dianggap sebagai contoh masyarakat dan boleh menjadi ikutan kepada generasi muda.Ataupun dengan ayat yang lebih mudah, kita akan hilang hormat atau lebih mudah terpengaruh sekiranya mereka ini merokok. Maka wajar saya cadangkan di sini, 3 golongan ini sepatutnya berhenti merokok atau cuba berhenti mulai sekarang.
3 golongan yang patut berhenti merokok ialah :-
1. DOKTOR
Doktor selalu suruh orang berhenti merokok. Macamana nak hormat sekiranya, di hadapan pesakit dia suruh berhenti merokok, di belakang dia yang paling juara. Kenapa doktor merokok saya sendiri pun tidak tahu.
Jikalau anda fikir apabila seorang doktor merokok, alasan yang akan diberikan nampak lebih munasabah daripada bukan doktor, maka cuba anda tanyakan doktor tersebut. Kenapa doktor merokok? Jawapannya akan kabur juga, sekabur asap rokok.
Ini kerana, tidak ada satu pun jawapan dari segi fakta perubatan atau sains yang membenarkan seseorang menghisap rokok.
Ada seorang pengarah hospital daerah yang saya kenal dahulu begitu kuat merokok. Biasanya dia akan merokok selepas sarapan pagi di sebuah kantin "swasta" di luar hospital. Siapa yang bersamanya merokok? Tentulah kakitangan-kakitangan hospital.
Doktor mengetahui 1001 penyakit yang boleh disebabkan asap rokok. Kenapa perlu menyumbang kepada statistik ini.
2. USTAZ
Saya rasa kurang hormat kalau ada ustaz yang merokok. Dulu fatwa kata makruh, maka takperlah kalau merokok. Tapi sekarang fatwa dah sah terang haram, kenapa masih merokok.
Macamana orang ramai nak ikut fatwa kebangsaan yang banyak diletakkan di masjid-masjid sedangkan setelah habis ceramah, ustaz sendiri merokok dengan ajk masjid di masjid?
Malah Ustaz-ustaz yang sepatutnya membantu memberi nasihat dan menguatkan fatwa merokok itu haram kepada orang ramai. Bukannya mempertikaikan- kononnya tiada dalil dan nas yang Qat'ie lah dan tak Sorih lah, sedangkan majlis fatwa negara dah umumkan.
Mungkin najis rokok ini tidak setara dengan najis mughallazah seperti babi, tetapi ia seberat meminum racun secara perlahan-lahan. Kalau minum racun itu haram, kenapa merokok boleh jadi makruh, sedangkan kedua-duanya membunuh?
3. GURU
Kalau guru rokok berdiri, anak murid rokok berlari...
Itulah kaitannya seorang guru dengan anak muridnya. Seorang guru mempunyai beribu anak murid sepanjang profesion mengajarnya. Mustahil, tidak ada beberapa orang yang terpengaruh sekiranya guru tersebut merokok.
Guru adalah manusia yang kedua bertanggungjawab selepas ibu-bapa di dalam memberi pendidikan dan pelajaran kepada generasi muda negara. Tugas itu sebenarnya sangat penting walaupun ramai ibu-bapa yang memperlekehkan (kerana ibu-bapa dah tak tahu macamana nak kawal anak mereka, dan rasa bersalah tersebut dilepaskan kepada guru).
Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjadi contoh utama untuk berhenti tabiat merokok. Tidak kira di dalam sekolah atau di luar sekolah, ataupun di rumah, para guru kadangkala diperhatikan. Di dalam sekolah mungkin tidak, tetapi anak murid mungkin melihat anda merokok di dalam kereta ketika pulang, ataupun terserempak dengan anda membeli belah.
Mungkin ada yang berkata kenapa 3 profesion ini sahaja yang disebut. Saya ulang di sini bahawa semua orang patut berhenti merokok. Tetapi 3 golongan ini adalah rapat dengan masyarakat.
Apatah lagi mereka merupakan idola kepada kaum remaja, golongan muda, maka ini menjadikan tanggungjawab untuk mendidik bertambah berat. Maka wajarlah mereka dahulu yang berhenti merokok.
Wallahu A'lam.
Link: http://drazwan.blogspot.com/
aurat kaum wanita
1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan "
An-Nur : 31
a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki
3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina "
Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban
4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "
An-Nur : 31
5 . Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "
Riwayat At-Thabrani
" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah "
Riwayat Bukhari dan Muslim
6 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah
7 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari
8 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi
9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya "
An Nur : 31
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "
Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi
10 . Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32
" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi "
Riwayat Ibn Majah
11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) "
An Nur : 31
" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "
Riwayat Al Bazzar
" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah "
Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah
12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "
Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah
" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "
Riwayat Bukhari dan Muslim
a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu
" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang "
Al Ahzab : 59
13 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "
Riwayat Bukhari dan Muslim
14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "